Sunday, November 18, 2012

Blog jadi ikan pekasam...

assalammualaikum...

lamanya xhapdet blog
bukannya malas (bersangka baik :-)
masa xmengizinkan
mana nak handle anak2 tanpa maid
uruskan hubby...mengalahkan budak kecik..

penat2
mentally and physically..
tapi sabar mengatasi segala2nya..

alhamdulillah
semua berjalan dgn lancar
walaupun 'ada part yg tergeliat'

biasalah tuh
no one perfect right...










Friday, May 18, 2012

18.05.2012 = 10 years

wah3...10 years anniversary
such a longgggg journey for two of us

me & hubby
byk suka daripada duka
alhamdulillah....syukur.....
itu yg akak harapkan sepanjang kami hidup bersama

ceritanya bermula......
dari umah mak pak
pindah umah mak mertua
bosan plak dok ramai2
sewa umah 4 tingkat
tiap2 hari naik turun tangga
bila preggy jenuh bercinta nak turun bawah
mengeluh kesah mengadu
masuk bulan ke 3 pregnancy anak yg sulung
paksa *akak paksa hokehhhh* hubby beli umah apartment 12 tingkat
kat tempat yg sgt2 happening
mcm2 ada
sampaikan dah rasa dok kat international area
sume bangsa ada
bangla, indonesian, malaysian x yahlah ckp
paling ramai negro yg slalu buat bising
sorang berckp mengalahkan 10 org
tiap2 hari buat makan2....byk betul duit depa nih....
sampaikan bole bukak restoran

dalam mulut mengomel bising2 nak pindah
lahir gak 2 girl, 1 boy



iman saffia yg selalu menyakat adik2 & x nak mengalah
fayyadh mukhlis yg pandai ambil hati mummy 
khaireen alya, my last production 
permata hati mummy & daddy....
9 tahun dok naik turun lift
sampai satu tahap x nak turun2 lagi
especially bila beli brg2 dapur
ya Alllah....tuhan je yg tau
jenuh nak angkat satu2
sume anak2 terjebak bwk plastik masing2

bila economy dah semakin kukuh
nak dok tempat yg x riuh rendah, x bising
lari dari segala makluk dunia yg dtg dari entah mana
bandar k dipilih memandangkan ramai cousin2 dok sini
actually senang nak jumpa & bergosip...katanya laaa.....
seronok dok sini .....aman damai bak kata mak pak akak
lagi pun anak2 semakin membesar yg memerlukan tempat utk bermain, bersukan bla3....
tapi bila pikirlan balik...umur dah semakin meningkat...dah setengah abad
maka perlulah persekitaran yg ada masjid, dekat dgn surau

sekadar gambar hiasan
harap2 bandar ni tempat terakhir berumahtangga.....

buat hubby..........
terima kasih menjadi peneman hidup suka & duka
semoga kekal dunia & akhirat
hadiah anniversary x de ke.....huhuhu.....

buat anak2 mummy.........
beruntung mummy melahirkan kamu semua
semoga jaga mummy & daddy bila besar nanti
semoga jadi anak2 yg soleh & solehah

ya Allah...ya Tuhanku
peliharalah kami sekeluarga






semoga kami bahagia bersama selamanya......
amin.......

Wednesday, May 9, 2012

mother's day is just around the corner


baru teringat yg sambutan hari ibu x lama lagi
akak x plan ape2 pun
even langsung x call my 2 sister utk buat persiapan

my sisters ni kalu akak x mulakan dulu
sah2 depa x ingat langsung
sume nak kena ckp, nak kena ketuk
baru nak bertindak

akak rasa setiap tahun kitaorg buat benda yg sama je
beli cake, hadiah
panggil sume adik beradik dok ramai2 celebrate, makan.....
rasa cam boring plak

ntah la tahun ni kot2 nak plan benda lain
but so far i don't have any idea
idealess.......

help meeeeee!.......????????




padaMu kubersujud




ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan kurnia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU......

-----------------------------------------------------------------------------------


ya Allah....
semoga aku menjadi umat Mu yang senantiasa mengingati Mu dan
senantiasa bersyukur
serta dalam lindungan Mu selalu
amin.......

Tuesday, May 8, 2012

menaruh harapan


 dengar lagu ni kat suria fm
tetiba sayu tanpa sebab....
*sob...sob....sob....*


sepanjang perjalanan ini
lembah dan lurah ku lewati
ketenangan yang ku cari
belum ku temui

ku menghimpun doa bertahun
mencari pepohon yang rimbun
bertemu dahan yang rapuh
tempat ku berteduh

dulu aku sendiri
kini masih sendiri
hadapi hidup ini
susah senang diri ku
tak bertempat mengadu
seperti burung kepatahan sayap...
dihati kecil ku menaruh harapan...

selagi hidup belum sudah
aku akan terus melangkah
ku yakin rahmat buat ku
ku hadapan menunggu...

Monday, May 7, 2012

hari melawat faiz

pada hari yg dijanjikan, kami geng2 gwgf, puncak & syabas melawat faiz
memandangkan dia kat icu, masa melawat dari jam 12 -2 or 5 - 7

paginya akak dah bz dgn anak2 kat mv
petang waktu yg sesuai lepas drop anak2 kat umah, patah balik masuk federal highway terus ke klang

nasib baik akak teror cari location tu
bukan x penah pegi, sekali dulu 16 tahun dulu masa sister akak lahirkan anak sulung dia kat hospital yg banyak gagak hitam tu..
serious hospital ni byk gagak itam..

nak tuju ke wad icu ni mcm cerita p. ramlee madu 3
masuk pintu, kuar pintu, masuk cafe, kuar cafe baru jumpa
hospital ni mang hospital lama...menakutkan...akak serammmm tau!

sampai kat wad, sume org dok tunggu depan pintu wad memandangkan blum kol 5..
masing2 dah x sabar nak melawat termasuklah akakkkkk

jumpa mak pak faiz
sesi suai kenal, almaklumlah first time jumpa

sian tengok mak pak dia muka sedih ya amat2..
kita pun paham anak accident kan
sape yg x sedih

akak yg setakat kawan ni pun dah sedih
inikan family sendiri

sharp 5pm guard pompuan yg brutal depan pintu jerit...bole masuk dah..
kita org x la masuk dulu, bagi can kat family dia

amongst kawan2, akak & aini syabas masuk dulu
hati berdebar2 sambil pegang erat tangan aini...camner la rupa diakan..hati berbisik
terngiang2 mak dia bgtau....katil dia kat hujung sekali belah kanan

kaki melangkah tuju
sampai mata terus terpaku
ya Allah....x de rupa faiz langsung! cetus hati...
muka dan badan jadi besar kesan masuk air 
mata tertutup kaku lebam
bibir tebal kesan hentakan
sedih sgt2...ingatkan nak tahan air mata....x tertahan nampaknya....akak pilu hati
terus mengalir dan mengalir
akak & aini berpelukan




nurse kat belakang dah mula jerit suruh cepat
sebab ramai lg org nak melawat dia
akak rasa tengok dia x sampai 4 saat!
hampehnya nurse x sabar2 nak suruh org kuar!

sampai pintu luar akak & aini terus peluk kwn2 yg lain
x hiraukan org lain
dah macam jejak kasih dok meraung

lepas sorang2 kawan2 akak masuk
setiap kali depa keluar
mata masing2 merah berair
sayu hiba

semakin lama semakin ramai kawan2 lain datang
sampai riuh luar wad

hari gelap kat luar
ngam2 kol 7 guard brutal tutup pintu.....dilarang masuk terpampang kat pintu wad....

sebelum balik, sume pakat2 salam mak pak, saudara mara faiz
sempat bisik kat maknya...sabar ya makcik....nanti kami dtg lagi...

kaki melangkah pergi
meninggalkan faiz
mengharapkan yg terbaik buat nya.......














megakidz

ni cerita minggu lepas
bangun tido
x tau nak buat ape
so akak angkut anak2 gi megakidz, mv utk meriangkan mereka
akak pun riang jugak dpt survey2 outlet favourite akak
ala2 riang ribena

satu kemestian setiap kali masuk parking mesti shoot parking lot...sonang kalau sesat


sampai parking mv ngam2 kol 10.00 pagi. 
kira cantekkk la gi awal2 x ramai orang kan
x la berebut2 nak parking
parking clear bole siap tidor baring...kalau sudi la.....

x
fee yang akak rasa sume org mampu bayar




x mahal...rm84 hinggit jekk for 3 kids....akak ngan PA foc

PA akak yang sedia berkhidmat utk kami sefamily

stokin bawak sendiri ya...kalau lupa bawak bayar la RM6.00 sepasang

pada mak pak yg rasa nak gi dating berdua2an, bole la tinggalkan anak2 kat situ.
ada org yg akan jaga, tapi  bersedialah keluarkan sejumlah amount utk service yang akak rasa berbaloi2 sgt...

kat tepi cornor ada cafe utk menjamu selera...sambil2 main internet
menu menarik gak..ada sandwich, keropok utk anak2, nugget bla3....
anak2 akak memang happy sgt2
main...makan...sambung main balik...pastu makan...isskkkk x berhenti2 dok menyuap mulut depa....

bila anak2 buat hal masing2
akak boring, so masuk mini cinema akak layan crita cartoon yg depa pasang
tapi aircond dia ya ampunnnnn....sojukkk menggigil akak...sampai kena selsema
demi anak2 akak relakan benda itu terjadi.....hahahahhaha

iman main sorang2 coz masa ni fayyadh n een masih takut2...

saling bantu-membantu....fayyadh usha jekkkk
so pada yg blum gi
jom bwk anak2 berhibur
sambil mengeratkan kasih sayang dgn depa

camner nak gi......???
senang je nak cari

gi north court, tingkat 3
kuar lift ambik kiri
jalan terus sampai jumpa foodcourt
haaaaaa.......dari jauh dah nampak!

soooooooooooo pe tunggu lagi........

go & check it out their website

http://www.megakidz.com.my/

Friday, May 4, 2012

bulan datang lagi

perut tetiba sakit memulas2
nak kata salah mkn x mungkin

eerrmmm patutla
bulan datang lagi
hheehhee

mood terus berubah
semua x kena
semua benda salah
kena skit terus melenting

ni la penyakit org perempuan
nak kata apa deal with it laaaa kan

'ya Allah
sejukkanlah hatiku dengan salji &
kesejukan & air yang sejuk
ya Allah
bersihkanlah hatiku daripada dosa2 sebagaimana
Engkau membersihkan baju yg putih daripada kekotoran...'

doa ni akak amalkan untuk mengawal diri daripada sifat panas baran
ustaz kata elok amalkan doa ini supaya mengawal diri daripada melakukan
perkara2 luar jangkaan akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak

sharing is caring.... :-)

alahaiiiiiii faiz

pagi ni akak dikejutkan berita yg amat menyedihkan
ex-officemate akak accident teruk masa nak kuar gi kerja

alahaaaaiiiii faiizzz
sedihnya dengar
rahang patah, hidung patah, ada pendarahan di otak
la ni masih lg di ot for 1st operation
2nd & 3rd operation bakal menyusul

sedihnya...huwaaaaaaaa
dari hospital kelang hantar ke hospital sg buloh
hospital kelang x leh buat coz x cukup kelengkapan

semoga faiz selamat, dipermudahkan segala urusan

doakan yg terbaik buat faiz.......

amin...


Thursday, May 3, 2012

hadiah buat diriku......

hadiah buat diriku yang sering lupa
& ingin mencari keredaan Allah



doa pagi jumaat

'ya Tuhan kami!
kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu &
sediakanlah petunjuk untuk kami
dalam menyelesaikan urusan kami...'

amin.....

...............

ilmu Allah amat luas
betapa kerdilnya diri kita di hadapan Pencipta.........

yellowwww

bip...bip...
msg bbm masuk

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

pagi2 syafiq zainal dah buat akak gelak besar
sume yellowwwww

agak2 dia kerabat raja mana?????

Wednesday, May 2, 2012

pilihan abang

tadaaaaaaaa....

bakal ustaz...insyallah



 
ni la anak akak yg no 2
muhammad fayyadh mukhlis namanya
baru 5 tahun
anak yg palinggggg manja dgn akak & pandai ambil hati akak
meh nak cerita skett.....
masa nak register masuk sekolah
akak tanya la dia nak masuk sekolah mana
dia kata x nak sekolah sebab bila besar nak jadi ironman
nak fire org2 jahat

kahkahkahkah

mentality budak kecikkan
bukan tau mende
ni la kalau asek tengok cartoon je
kalau channel cartoon sume dia hafal
sampaikan mlm2 akak pun terjebak jadi peneman dia

so....
akak tanya sekali lagi
kali ni dgn nada serius & buat2 muka ala2 garang

dgn lembut dia reply
'abg nak masuk tahfiz la mummy...'

perghhhhh....terkezutttt akak
rasa nak gugur jantung
bila masa plak dia tau kewujudan tahfiz2 nihh...errrmmm...

alhamdulillah...sejuk perut mummy mengandungkan abang..

maka dah 5 bulan dia belajar kat pra-tahfiz tuh
segala doa tau 
la ni masuk tandas baca doa
keluar tandas baca doa
pakai baju baca doa
doa makan tak payah lah cerita
dah hafal sgt2
sampaikan adik dia pun dia ajarkan doa2 tuh....
kekadang akak plak yg rasa malu
mummy dia tak hafal segala doa2 tuh...
mummy dia hafal lagu2 rock kapak jeeeeeee
hehhehehehehehe

akak petik kata2 dari seorang doktor ni..

'inilah satu krisis umat
umat sendiri yang tidak percaya untuk menghantar anak mereka
yang pandai & genius untuk mempelajari agama.
mereka menjadikan pengajian Islam sebagai pilihan terakhir ataupun
untuk para pelajar yang biasa2 sahaja'

semoga anak mummy menjadi anak yang soleh dunia & akhirat

amin......


ketika cinta bertasbih



Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

************************************

ya Allah ya Tuhanku
lindungilah aku serta keluargaku drp segala malapetaka & musibah

kasihanilah kedua ibu bapa kami
peliharalah mereka sepertimana mereka pelihara kami sehingga kami dewasa 
terimalah taubat mereka & ampunilah segala dosa yang telah mereka lakukan

semoga kami senantiasa dalam lingkunganMu...ya Allah....

amin....

kekayaan jiwa, kekayaan harta

kita diberi akal & fikiran utk memburu kekayaan harta
tetapi kurang serius mencari kekayaan jiwa
kita ketepikan kekayaan jiwa
kita lupa akan tanggungjawab kita
pengisian jiwa terabai
jiwa kita menangis
ujian demi ujian datang menjengah
hati menjadi tidak tentu arah

'sungguh ajaib keadaan org Mukmin
sesungguhnya semua urusan mereka berada dlm keadaan baik
dan tiada yg memperolehi keadaan ini melainkan orang yg beriman sahaja
sekiranya dia dianugerahkan sesuatu
dia bersyukur
maka jadilah anugerah itu baik untuknya
sekiranya dia ditimpa musibah
dia bersabar
maka jadilah musibah itu baik untuknya.....'

'ya Allah
aku berlindung kpd Engkau
daripada kesusahan & kesedihan
aku berlindung kepada Engkau drp kelemahan & kemalasan
aku berlindung kpd Engkau drp sifat pengecut & bakhil
dan aku berlindung kpd Engkau drp himpitan hutang & paksaan orang...'

sedikit rezeki
tetapi tidak sempit hati
banyak nikmat
tetapi tidak membawa mudarat

renung2kan lah.....










buang SAMPAH di hati kita

akak ni baru je berjinak2 dengan majalah SOLUSI
tiap2 bulan akak pastikan senaskah menjadi milik akak
so yg jadi mangsa utk deliver majalah tu ke opis akak ialah ex-officemate (shakira & afifi)
thx uollls semoga both of u senantiasa dlm lindungan Allah swt.

ALHAMDULILLAH.  timbul rasa keinsafan.  pengetahuan pula semakin meningkat.
pengisian yang bagus dan menarik utk dibaca 

orang kata, rm10 tu mahal x berbaloi
cehhhh...majalah2 artis dedah sana dedah sini bole plak ko beli ekkk
errmmm....
tepuk dada tanya selera!
rambut sama hitam hati lain2...kan...kan....

so pagi tadi dengan isu no. 43, akak tekun menbacanya

kita bukan sahaja apa yang kita makan,
tetapi kita juga ialah apa yang kita dengar, baca & tonton.
semua ini membentuk diri kita kerana hakikatnya ialah makanan rohani kita.

diri kita bukan sahaja dilimpahi dengan sampah2 lahiriah,
tetapi juga sampah2 batiniah.

berhati-hatilah dengan segala SAMPAH DALAM HATI KITA!

maka jadilah masyarakat yg sensitif dan prihatin....

chow chin chowwwwwwwww

Tuesday, May 1, 2012

hari x de selera makan

tetiba plak hari ni x de selera makan
padahal dlm kepala dah ingat nak makan


ini....dan ini...

agaknya sebab akak ni dah jadi budak gemuk
tu yg tetiba x de selera

hari tu timbang
terkejutzz berat tambah berkilo2
harus la melakukan activiti senaman nih...
kalau tidak alamatnya kenalah melakukan 'special site visit' ke MV
bertambahlah kempis purse akak yg dah sememangnya kempis ni...
huhuhuhuuuuuuuuu



?????

ntah brapa hari x hupdate blog...
mc..cuti...bz x ingat..cuti balik...ni haaa baru freee....hehhehh

Wednesday, April 25, 2012

let's skodeng gaji

pagi2 lagi aku dah singgah kat petronas batu 3. nak isi minyak sambil nak cocok mesin atm keluarkan duit gaji.  almaklum la purse dah kempis tahap gaban.  lepas isi minyak terus menuju ke atm.  tekan2 yg keluar balance rm50 hinggit. ceh gaji x masuk lagi...pagi2 akak dah hampa tau. hilang selera makan akak.

akak teruskan perjalanan menuju wisma r.  letak handbag tetiba rasa lapo plak. pe lagi mcm gajah berlari menuju ke cafe mencarik makanan.

dlam tengah menyuap, budak finance lalu.  akak pun dgn ala2 manja tanya 'bila gaji nak kuar ni, fulus elek'.  'esok kot kak, bos lambat sign check'...jawapan yg menghampakan...

ingat kalau gaji masuk leh la berumahtangga kat mv petang ni sambil cuci mata tgk anak2 ikan lalu-lalang.

hampa 2x hari ni...x pe esok masih ada! bak kata jins shamsudin.  :-)

akak blah dulu la...nak siapkan kojo...

choww...




Tuesday, April 24, 2012

cubaan pertama

assalammualaikum...nama aku aida. umur?? dah setengah abad pun tapi tetap maintain wokehhh...dah berfamily dengan 3 handbags yang membuatkan hidup aku happening dan ceria selalu.

ntah nape aku tetiba nak masuk dunia blogging nih...nak kata pandai menyusun ayat, huhuuu ayat sah2 lah berterabur walaupun dapat credit dlm subject bahasa melayu masa spm. tapi intentionnya lebih kepada saja2 suka2. ala2 nak express my feelings...ala2 feelings manja gitu....hahahah

tapi pikir balik ada ke org nak baca blog aku nih....nan hado.

tak pe namanya pun student baru. so x de le org kenal.  so kalau nak kenal i, rajin2 la menyinggah blog i yang x seberapa nih..huhuhu

chow....